Rawatan Pembedahan Kanser Wanita 

Pembedahan merupakan salah satu kaedah rawatan kanser wanita yang utama. Hospital Sultanah Bahiyah menyediakan rawatan pembedahan untuk semua jenis kanser organ reproduktif wanita.
 
Berikut adalah beberapa jenis pembedahan yang dijalankan untuk merawat prakanser ataupun kanser wanita.
 
1. Pembedahan kon ("cone biopsy")
Definasi : Pembedahan ini adalah pembedahan mengeluarkan sebahagian dari serviks yang diserang oleh penyakit prakanser serviks. Bahagian serviks yang sering dikeluarkan ini dinamakan zona transformasi. Apabila prakanser dikeluarkan maka pesakit ini akan terhindar dari menghidap kanser serviks.
Jenis bius : Pembedahan kon boleh dilakukan di Klinik Ginekologi dengan kaedah bius setempat. Sebilangan kecil pesakit memerlukan bius umum ataupun bius spinal.
Jangkamasa pembedahan : 15-30 minit
Cuti sakit : 1 minggu
 
2. Pembedahan histerektomi ("hysterectomy") dan oophorektomi (ophorectomy)
Definasi : Pembedahan mengeluarkan organ rahim dan kelenjar ovari
Indikasi : Kanser ovari, kanser serviks peringkat awal, kanser rahim, fibroid, endometriosis dan lain-lain. Kadangkalan kelenjar ovari tidak perlu dikeluarkan jika pesakit masih muda dan kelenjar ovari masih normal.
Jenis bius : Gabungan di antara bius umum dan epidural. Boleh juga dilakukan dengan kaedah bius epidural sahaja
Jangkamasa pembedahan : 1-2 jam
Cuti sakit : 4 minggu
 
3. Pembedahan histerektomi radikal dan limfadenektomi pelvik
Definasi : Histerektomi radikal adalah pembedahan mengeluarkan rahim berserta dengan tisu-tisu disekelilingnya dan juga bahagian atas faraj. Limfadenektomi pelvik pula adalah pembedahan mengeluarkan nodus-nodus limfa pelvik (biji kelenjar).
Indikasi : Kanser serviks peringkat 1-2A, Kanser rahim yang merebak ke serviks
Jenis bius : Gabungan di antara bius umum dan epidural
Jangkamasa pembedahan : 2-4 jam
 
4. Vulvektomi dan Diseksi nodus pangkal peha ("Groin node dissection")
Definasi : Vulvektomi bermaksud pembedahan mengeluarkan bahagian luar kemaluan termasuk labia majora dan labia minora, diseksi nodus pangkal peha adalah pembedahan mengeluarkan nodus limfa pangkal peha ataupun inguinal.
Indikasi : Kanser vulva
Jenis bius : Gabungan bius umum dan epidural
Jangkamasa pembedahan : 2-4 jam
 
5. Mastektomi dan diseksi nodus aksilari
Definasi : Mastektomi adalah pembedahan mengeluarkan keseluruhan payudara. Diseksi nodus aksilari pula adalah pembedahan mengeluarkan nodus-nodus limfa di aksilar ataupun ketiak.
Indikasi : Kanser Payudara peringkat awal
Jenis bius : Bius umum
 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembedahan-pembedahan termasuk persediaan sebelum pembedahan, semasa pembedahan, rawatan selepas pembedahan, penjagaan selepas pulang ke rumah dan komplikasi-komplikasi yang boleh dialami, sila dapatkan Buku Kanser Wanita: Pencegahan dan Rawatan dengan melayari laman web di bawah: